TRADISI UMNO PARTI KHIANAT

Salam perjuangan.
Sejak Pakatan Rakyat menguasai 5 buah negeri( termasuk Kelantan), Umno berlagak seolah-olah mereka lah pejuang agama, bangsa dan negara. Dengan isu yang sengaja diwujudkan di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah, mereka gambarkan bahawa mereka lah pejuang bangsa Melayu yang sebenar. Di Selangor, pelbagai isu termasuk penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, mereka dedahkan. Rupa-rupanya yang mereka dedah itu adalah bukan isu.
Rakyat khususnya orang Melayu seharusnya tidak terpengaruh dengan dakyah Umno sejak zaman berzaman ini. Ingat kembali penyelewengan yang banyak berlaku dalam negara. Antaranya:
1)Isu PPSMI.
Kalau benar mereka perjuangkan Melayu dan Bahasa Melayu, kenapa PPSMI dilaksanakan sehingga menelan belanja 4.5 Bilion. Ini angka yang sangat besar!!! Bagaimana mereka mampu jaga Melayu kalau Bahasa Melayu pun mereka tidak mampu jaga!
2)Isu PKFZ.
Sejumlah 12.5 Bilion diselewengkan. Ikan-ikan bilis jadi mangsa SPRM, Jerung dilepaskan. Ini fenomena biasa berlaku dalam negara apabila ada kes rasuah berprofil tinggi, SPRM akan cuba melengah-lengahkan siasatan dan pendakwaan.
3)Laporan Audit Negara
Saya rasa kecewa dan pelik, kenapa Jawatankuasa Kira-Kira Negeri Terengganu tidak bermesyuarat walau sekali pun. Pengerusinya YB Alias Abdullah, Adun Alor Limbat yang begitu bersemangat mengkritik Pemerintahan Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru tidak pernah sekalipun bermesyuarat. Alasan yang diberikan dalam dewan baru-baru ini ialah 'tidak cukup korum'. Rakyat harus menilai kejujuran wakil rakyat Umno BN yang mereka lantik kerana kalau tidak bermesyuarat buat alasan tidak cukup korum, tapi kalau lawatan kerajaan ke New Zealand, cukup pula korumnya...
Saya persoalkan dalam sidang Dun bagaimana tiga buah kereta Perdana Kerajaan negeri boleh hilang. Yang terbaru bukan setakat Kereta Perdana, bahkan JENGKAUT MBKT pun boleh dicuri. Sudahlah di peringkat Nasional, Enjin Jet Angkatan Tentera yang berharga RM50juta boleh hilang, di peringkat negeri, Jengkaut dan kereta Perdana pula yang hilang.
Percayalah bahawa Umno BN tidak pandai mengurus negeri Terengganu. Bayangkan Penyelenggaraan sebuah Perdana kerajaan yang dilaporkan mencecah lebih kurang RM 170 ribu sedangkan harganya hanyalah RM117 ribu sahaja. Ini seumpama bidalan melayu, "Mahal tali dari beruk". Petrol pula diisi oleh RM300 dalam masa 3 minit. Yang saya tahu kapasiti tangki Perdana hanya 64 liter.
4)Isu PERWAJA
Isu ini sudah lama tetapi ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Ia melibatkan pembaziran wang kerajaan. Takkan disebabkan Eric Chia sudah mati, kita lupakan kejahatan Umno BN yang sebabkan 13 bilion kerugian kepada negara dan negeri.
5)Royalti Minyak
Bayangkan saudara pembaca sekalian, sepanjang tahun 2000 hingga 2009, jumlah royalti terkumpul ialah 16.6 bilion. Ini semua kerajaan pusat belum bayar kepada Terengganu. Rakyat menjadi mangsa kerana tidak dapat menikmati pembangunan dan kebajikan yang sewajarnya. Sebaliknya mereka habiskan wang royalti itu dalam bentuk projek mega yang diluluskan zaman Idris Jusoh seperti projek2 kementerian sejumlah 7.7 bilion, dan projek mega Monsoon Cup, Masjid Hadhari, Masjid Kristal, Taman Ilmu dan beberapa lagi sejumlah 7.1 bilion. Baki hasil royalti sebanyak 914.1 juta lagi diagihkan kepada negeri-negeri lain. 'Baik sungguh' kerajaan pusat. Bukan kita tidak mahu bantu kerajaan negeri lain tapi asas yang kita bincangkan ialah soal hak rakyat negeri Terengganu merasai nikmat hasil royalti minyak melalui program pembangunan dan kebajikan, telah dinafikan mentah-mentah.
Justeru, saya melihat bahawa Umno BN tidak mampu nak jaga semua perkara baik agama, bangsa, politik, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat itu sendiri. Walaupun bajet Terengganu tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 1.881 bilion(lebih mahal daripada Selangor RM1.7 bilion), rakyat Terengganu terus dirundung malang tahap kemiskinan kedua termiskin di Malaysia.
Mari kita pakat tolak Umno BN pada PRU ke 13 nanti.
7:44 PM | Labels: Isu Semasa | 0 Comments
SALAM PERJUANGAN.
Sudah agak lama saya tidak menulis. Di kesempatan ini, ada beberapa perkara yang ingin disampaikan.
TAHNIAH PERMATANG PASIR
Pertamanya, Walaupun PRK N11 Permatang Pasir sudah berlalu pada 25 Ogos lalu, rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucapkan TAHNIAH buat seluruh jentera pilihanraya kecil tersebut. Tidak lupa juga tahniah buat Kontinjen Terengganu yang diamanahkan untuk bertugas di UPU Permatang Tengah yang berjaya meraih majoriti sebanyak 672 undi. Saya difahamkan oleh Petugas Bilik Gerakan UPU bahawa undi yang dijangka adalah tidak jauh dari jumlah sebenar. Kemenangan PAS dengan majoriti 4551 undi menjadi bukti bahawa sememangnya rakyat umumnya telah dan sedang menolak Umno Barisan Nasional sebagai parti yang layak memerintah negara kita.
RAMADHAN AL MUBARAK
Keduanya, bersempena Ramadhan al mubarak ini, saya ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita mencari keredhaan dan MaghfirahNya di bulan yang penuh keampunan ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang beramal soleh denan sebanyak-banyaknya. Banyakkanlah bersedekah kepada yang memerlukan.
KEMELUT POLITIK UMNO TERENGGANU
Ketiganya, saya selaku Adun Terengganu baru sahaja selesai bersidang pada 26 Ogos lalu. Suasana perjalanan sidang dun yang 'tenang' dan sunyi dari suara adun-adun pro Idris menandakan boikot terhadap Kepimpinan Dato' Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu sedang berlaku. Tugas yang diberikan oleh Najib kepada sepupunya Dato' Seri Hishamuddin Hussein nampaknya tidak memberi impak yang besar kepada kemelut politik dalaman yang sedang berlaku. Oleh kerana itu, saya yakin perubahan besar dalam lanskap politik Terengganu akan berlaku lagi dalam masa yang terdekat. Selewat-lewatnya pada PRU ke13 nanti, ia tetap akan kunjung tiba.
TAKBIR!!!
10:15 PM | Labels: Catatan Ringkas, Pilihanraya, politik | 0 Comments
TAHNIAH MANEK URAI
Tahniah buat warga Manek Urai, Jentera PAS di semua peringkat dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat atas kemenangan PRK N41 pada 14 Julai lalu. Alhamdulillah setelah berhempas pulas selama lebih kurang seminggu bermula penamaan calon, Allah kurniakan hasil gerakerja Pas dan Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini.
Kemenangan ini menjadi bukti rakyat menolak Umno BN. Walaupun mereka mendabik dada kerana dapat mengurangkan majoriti Pas daripada majoriti 1352 undi kepada 64 undi, namun istilah menang tetap tidak boleh di'hazaf'kan daripada keputusan rasmi. Kalaupun Pas menang dengan majoriti 1 undi sekalipun, ia tetap satu kemenangan. Penganalisis politik biasanya sudah lali dengan pilihanraya kecil sepanjang sejarah Malaysia. Jarang-jarang Pembangkang memenanginya. Cuma-cuma akhir-akhir ini, Ia menjadi 'trend' kepada Pakatan Rakyat yang bermula dengan Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti, dan Manek Urai. Jelas berdasarkan rentetan kemenangan ini, maka kesimpulannya ialah rakyat sebagai pengundi telah dan sedang memberi 'signal' yang sangat kuat kepada Umno BN bahawa mereka tidak popular lagi di hati rakyat Malaysia.
Akhir kata buat kali ini, kita teruskan memperkukuhkan kerjaasama politik Pakatan Rakyat, di samping tidak melupakan slogan kita berdasarkan Muktamar Pas baru-baru ini iaitu "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN".
TAKBIR!!!
3:21 AM | Labels: Catatan Ringkas, Pilihanraya | 0 Comments
TAKZIAH BUAT KELUARGA SYEIKH FATHI YAKAN
Saya menerima sms lebih kurang jam 7 petang semalam. "AL FATIHAH, USTAZ DR FATHI YAKAN TELAH KEMBALI KE RAHMATILLAH, BARU SEBENTAR TADI."
Sama2lah kita menghadiahkan al fatihah buat al marhum Syeikh. Mudah-mudahan beliau ditempatkan di kalangan para nabi, syuhada', solehin dan siddiqin.
10:07 PM | Labels: Ucapan | 0 Comments
TAHNIAH BUAT YANG MENANG
Salam perjuangan.
MUKTAMAR TERHEBAT
Alhamdulillah Muktamar Pas Pusat kali ke 55 telah berjaya disempurnakan pada 7 Jun 2009 yang lalu. Saya merasa amat kagum dengan pengendalian muktamar kali ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Tidak hairanlah Farish A. Noor yang biasanya mengkritik Pas, kali ini memuji Pas atas penganjuran dan pengurusan Muktamar yang dianggapnya sangat membanggakan. Tidak keterlaluan jika saya katakan Muktamar kali ini setaraf dengan program antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.
TAHNIAH
Di kesempatan ini, saya mengucapkan sekalung tahniah buat calon-calon yang memenangi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Ucapan tahniah juga tidak lupa buat Ustaz Nasharudin Mat Isa yang memenangi Timbalan Presiden, saudara Salahuddin Ayub, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan saudara Mahfuz Omar atas kemenangan mereka sebagai Naib Presiden. Pesanan saya, jadilah pembantu-pembantu Presiden yang proaktif dan setia.
MANEK URAI
Selepas ini, pejuang kebenaran akan berkampung di MU(Manek Urai). Saya harap kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tuntutan jihad menentang kezaliman dan menegakkan keadilan di sana. Mari kita beri sokongan yang padu untuk pemain-pemain MU Pas!
TAKBIR!!!
6:15 AM | | 0 Comments
DUN LADANG MILIK PAS
SALAM PERJUANGAN.
Saya baru sahaja diberitahu oleh Adun Ladang, YBM Tengku Hasan Tengku Omar bahawa keputusan rayuan pihak Umno Barisan Nasional untuk membuka peti undi pos ditolak dengan kos oleh mahkamah. Marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kemenangan kita dalam isu ini. Ini memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang beria-ia benar untuk merampas kembali dun Ladang sedangkan mereka sudahpun menang pilihanraya umum ke 12 dan memerintah Terengganu.
Saya juga berharap bekas calon Barisan Nasional untuk dun Ladang iaitu Dato' Wan Hisham berlapang dada dengan keputusan tersebut. Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah, mempunyai hikmah-hikmahNya yang tersendiri.
TAKBIR!!!
Sekian.
7:46 PM | Labels: Berita, kenyataan media | 0 Comments
UMNO PERAK CEKIK DIRI SENDIRI
| Kerajaan UMNO/BN Perak Mencekik Dirinya Sendiri | | | |
| Written by SM Noor & WanKay |
| Wednesday, 20 May 2009 03:15 |
|
Menurutnya, perkara tersebut terkandung dengan jelas dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.
|
7:35 PM | Labels: Berita | 0 Comments
SEKALUNG TERIMA KASIH
Sekian, wassalam.
9:46 PM | Labels: Ucapan | 0 Comments
DAKWAAN RASUAH BELUM TERBUKTI
| Dakwaan ‘Jamuan dan Beri T-Shirt’ Belum ada Bukti | | | |
| Written by Wartawan Buletin |
| Saturday, 16 May 2009 19:06 |
| KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong menyeru pimpinan dan ahli PAS supaya sentiasa istiqamah kepada perjuangan dan membina rasa bertanggungjawab yang tinggi.
sedemikian.
dalam UMNO telah terbukti kesahihannya.
Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke 34 yang berlangsung di Markaz Tarbiah PAS Kuala Ibai telah dirasmikan oleh Bendaha Agong PAS, Dr. Mohd Hatta Ramly. |
9:36 PM | Labels: Mesyuarat Agong, Ucapan | 0 Comments
SEDIA BERI LALUAN UNTUK MUSLIMAT BERTANDING
| Calon Muslimat : Wahid Ulangi Kesediaan Beri Laluan | | | |
| Written by SM Noor & AYu |
| Wednesday, 13 May 2009 00:37 |
| KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut mengulangi kesediaannya untuk memberi laluan kepada calon wanita atau muslimat untuk bertanding dalam DUN Wakaf Mempelam, kawasan yang dimenangi beliau sejak lima penggal lalu.
|
11:46 PM | Labels: politik | 0 Comments
PESANAN YB BUAT WARGA PAS PEKAN
Ahli Parlimen Kuala Terenganu.
Dalam ucapannya beliau menekankan betapa muasabah diri amat perlu dalam satu-satu perjuangan untuk menegakkan Agama Allah ini.
Kita mencari kemenangan dengan kekuatan kita bukannya atas kelemahan lawan.
Kita harus menilai apa yang telah kita buat dalam cawangan kita ,dalam Dun kita,dalam kawasan Parlimen kita .....
Ada berapa surau,masjid,dewan,sekolah kebangsaan ,sekolah agama ,Pasti,ada berapa masjid yang mengadakan kuliah dan sebagainya....ini kita seharusnya ambil tahu...Kerana ini adalah tanggungjawab kita dalam memperjuangkan Agama Allah ini.
Kita duduk dalam jamaah Islam bukan sebagai pemerhati,duduk di rumah bertanya khabar apa berlaku di pilihanraya dua bukit ....Lepas itu sembang di kedai kopi bercerita .....ini sebagai satu contoh....
Perkara-perkara yang wajib ada dalam pejuang Islam .
Jangan sesekali lari depan musuh
Jangan sesekali mencari musuh
Jika di panggil kejemputan kenduri pastikan pergi dan membuat kerja-kerja amal.
Jika ada kematian jangan sesekali tidak hadir dan pastikan kita sama-sama sembangyang jenazah
Pastikan kenduri kita semua pangil dalam satu-satu kampong tidak kira fahaman politik
Apabila mendengar berita sesiapa sakit pastikan kita menziarahi.
Pada muslimah...pastikan adakan usrah setiap minggu dan menziarahi sekiranya ada jiran-jiran yang bersalin dan beri bantuan.
Jangan sesekali buat kerja saat-saat akhir.
Dalam perkara diatas yang paling utama yang wajib kita ingat.
ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN
JANGAN BERBALAH SESAMA KITA SENDIRI KERANA KEKUATAN UKHWAH KENA ADA KORBAN PERASAAN.
JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Hidup Islam .......Islam untuk semua....
7:05 PM | Labels: Aktiviti, Ucapan | 0 Comments
AMBIL BALIK TANAH TANPA PEMBELAAN
| Pengambilan Balik Tanah Tanpa Pembelaan - Wahid Suarakan Hasrat Hati Penduduk Kampung Cina | | | |
| Written by WanKay & SM Noor |
| Wednesday, 15 April 2009 03:16 |
| Kuala Terengganu - Isu pengambilan balik tanah kerajaan bagi kerja-kerja pembesaran jalan di Pulau Warisan (belakang Kampung Cina) di Bandar Kuala Terengganu mencetuskan rasa tidak puas hati penduduknya.
|
12:42 AM | Labels: politik, Sidang Dun | 0 Comments
Pemimpin PAS Terengganu 'Menyingsing Lengan' Berkempen di Bukit Gantang
Bukit Gantang – Pemimpin PAS Terengganu yang berkampung di parlimen Bukit Gantang giat berkempen untuk memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Wan Mutalib Embong, Bendahari Hj Mohd Abdul Wahid Endut dan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar adalah di antara mereka yang duduk di saf hadapan bersama ratusan petugas lain.
Ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ucapan dalam Majlis Hi-Tea di Taman Molek, Simpang, dalam UPU Pengkalan Aur, disini, semalam.
Dato' Wan Mutalib berkata Barisan Nasional (BN) sering menabur janji setiap kali apabila tiba musim pilihanraya.
Namun katanya, apabila pilihanraya selesai semua janji-janji tersebut tidak ditunaikan.
Antaranya kata beliau ialah kampung baru di Bukit Berangan Kuala Terengganu yang telah didiami sejak 55 tahun dahulu.
“setiap kali pilihanraya dijanjikan untuk diberikan tanah, rumah dah ada beranak dan bercucu tetapi tanah terus tidak dapat,
“bila kita (PAS) menang (dan memerintah) Terengganu kita bagi geran kekal kepada mereka,”ujar beliau dalam Majlis Hi-Tea di Taman Molek, Simpang, dalam UPU Pengkalan Aur, disini, semalam.
Katanya perkara tersebut sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.
Dalam majlis yang sama, Hj Mohd Abdul Wahid berkata rakyat tidak mendapat agihan kekayaan negara kerana ia di bolot oleh pemimpin UMNO/BN
“Saya tengok, orang (negeri) Perak, orang Cina, orang India, orang Melayu, saya ingat kaya-kaya (tapi) tak ade juga, serupa macam Terengganu,
“kekayaan (negara) semua diangkut oleh mereka (pemimpin UMNO/BN), mereka tidak fikir soal rakyat susah, mereka tidak fikir sangat soal masalah rakyat,
“yang mereka fikir mau jadi Perdana Menteri, mereka fikir untuk ambil projek untuk kroni-kroni mereka sahaja,”jelasnya dihadapan hadirin yang terdiri dari kaum Cina dan India.
Katanya pemimpin UMNO/BN hanya fikir dan buat kerja untuk kepentingan golongan dan puak-puak mereka sahaja.
Justeru beliau berkata, penduduk Bukit Gantang mesti memberi pengajaran kepada UMNO/BN sebagaimana penduduk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
“Itu sebabnya saya datang dari Kuala Terengganu, saya mahu beritahu yang kita sudah ajar Barisan Nasional di Kuala Terengganu,
“sekarang adalah masanya dimana kita mahu ajar itu UMNO/BN di Bukit Gantang,”tambahnya.
9:50 PM | Labels: Pilihanraya, politik, video | 0 Comments
Semasa di Bukit Gantang
Salam untuk semua,
Dari gambar ini kita dapat melihat kehangatannya, namun apa yang dikesalkan. media perdana masih menidakkan angka sebenar pengunjung. Rakyat mengharapkan media-media berperanan dengan telus dan jujur, namun ianya menghampakan. Nampaknya, orang-orang di belakang media ini masih tidak belajar "pengajaran" dari tindakan mereka memberikan maklumat yang kurang tepat pada rakyat.

5:36 AM | Labels: Gambar, Penamaan Calon, Pilihanraya | 0 Comments
BUKIT GANTANG MILIK PAKATAN RAKYAT
Salam Perjuangan.
Pilihanraya kecil P 059 Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi. Malam ini 23 Mac, Ceramah Pengisytiharan calon Pakatan Rakyat akan diumumkan. Saya berharap semua petugas dan penyokong dapat bersabar kerana tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita tahu siapa yang bakal menjadi calon kita.
Pembaca budiman,
Saya yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat yang meletakkan calon Pas. Sudah banyak tanda-tanda kemenangan dilihat di sana sini. Baru-baru ini di Parlimen, saya berbual dengan salah seorang ahli parlimen Barisan Nasional berbangsa India. Beliau meyakinkan saya bahawa Pakatan Rakyat akan menang mudah di Bukit Gantang. Beliau menambah bahawa masyarakat India sangat marah dengan pemimpin Barisan Nasional sekarang. Katanya lagi, tidak payah banyak berceramah untuk berkempen. Cukup dengan membawa gambar Kugan yang mati dalam tahanan polis. Isu itu sangat berkesan untuk menaikkan kemarahan dan kebencian terhadap Barisan Nasional. Bayangkan seorang ahli parlimen dari parti komponen BN, berbangsa India sendiri tidak yakin dengan kemampuan BN untuk merampas Bukit Gantang.
Saya juga dimaklumkan bahawa ada jabatan-jabatan kerajaan masih lagi mengiktiraf Imam, bilal, Ketua JKKKP di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Pengesahan borang-borang masih lagi diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Elaun Imam bilal masih dibayar. Ini semua merupakan antara tanda-tanda rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional yang penuh dengan rasuah dan penyelewengan.
2:26 AM | Labels: Catatan Ringkas, Pilihanraya, politik | 0 Comments
Sekitar penamaan calon PRK P036
Saudara Zamzuri Ariffin, OKU yang merupakan
Naib Ketua PAS Cawangan Kampung Padang, Batu Buruk, Parlimen Kuala Terengganu
Syabas...
Anak muda inginkan perubahan
Remaja Halwa membenteng kumpulan muslimat
Cik Kumutha, calon PAS non-Muslim Johor bersama pimpinan muslimat
Bloggers Cucu Mat Kilau hadir memeriahkan penamaan calon.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Para penyokong yang berkumpul awal pagi lagi...
Melangkah menuju Stadium Negeri bersama pimpinan Pakatan Rakyat
Raja Petra was here too...
Lagi anak muda...
Berbincang sementara menunggu semakan kertas penamaan
Jawatankuasa Pemuda Pusat dan Negeri yang banyak menyokong
Situasi di "sana"
Nampak "biru"
Tiga calon PRK P036
Dr. Badrol Amin...
Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan
11:51 PM | Labels: Gambar, Penamaan Calon | 0 Comments





