DUN LADANG MILIK PAS
SALAM PERJUANGAN.
Saya baru sahaja diberitahu oleh Adun Ladang, YBM Tengku Hasan Tengku Omar bahawa keputusan rayuan pihak Umno Barisan Nasional untuk membuka peti undi pos ditolak dengan kos oleh mahkamah. Marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kemenangan kita dalam isu ini. Ini memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang beria-ia benar untuk merampas kembali dun Ladang sedangkan mereka sudahpun menang pilihanraya umum ke 12 dan memerintah Terengganu.
Saya juga berharap bekas calon Barisan Nasional untuk dun Ladang iaitu Dato' Wan Hisham berlapang dada dengan keputusan tersebut. Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah, mempunyai hikmah-hikmahNya yang tersendiri.
TAKBIR!!!
Sekian.
7:46 PM | Labels: Berita, kenyataan media | 0 Comments
BN AKAN KALAH PRU 13
KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya bersiap sedia menghadapi kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Bendahari Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa, perkara itu tidak mustahil berlaku berikutan banyak pihak tidak dapat menerima Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin nombor satu
negara kerana beliau pernah dikaitkan dengan isu kontroversi sebelum ini.
“Sebab itu, pembangkang meminta supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 kerana walaupun mungkin beliau dikatakan kurang cekap tetapi mungkin lebih baik daripada Najib.
“Kita minta Pak Lah kekal sehingga rakyat sendiri membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang.
“Jika tidak, UMNO mungkin perlu bersiap sedia untuk hadapi kekalahan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Najib supaya melantik barisan kabinet yang bersih daripada rasuah, Mohd Abdul Wahid meramalkan perkara itu tidak akan berlaku.
“Apa yang dicadangkan Mahathir itu dilihat sebagai mustahil kerana beliau percaya sebahagian besar pemimpin UMNO dikatakan terbabit dengan amalan rasuah,” katanya.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu turut mengingatkan supaya pemimpin UMNO tidak perlu mempertikaikan perkara berkenaan kerana rakyat sentiasa memerhatikan sikap pemimpin atasan dalam parti kerajaan.
Kelmarin, Mahathir meminta supaya Najib mengambil pemimpin bersih daripada rasuah dan melihat pandangan rakyat ketika ini supaya memerhatikan senario politik dalam UMNO terutama menjelang pemilihan parti, hujung bulan ini.
Beliau berkata, jika Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengambil kira perkara itu, kerajaan BN akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini bukan soal rasuah sebenarnya tetapi soal pemilihan Perdana Menteri. Saya percaya ia berkaitan dengan isu lain,” katanya.
10:05 PM | Labels: kenyataan media, nasional, politik | 2 Comments
