SEDIA BERI LALUAN UNTUK MUSLIMAT BERTANDING

Calon Muslimat : Wahid Ulangi Kesediaan Beri Laluan PDF Print E-mail
Written by SM Noor & AYu
Wednesday, 13 May 2009 00:37

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut mengulangi kesediaannya untuk memberi laluan kepada calon wanita atau muslimat untuk bertanding dalam DUN Wakaf Mempelam, kawasan yang dimenangi beliau sejak lima penggal lalu.


Beliau yang dihubungi hari ini berkata beliau berharap muslimat PAS Terengganu bersedia untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.

“Saya sedia memberi laluan, kalau boleh saya berharap muslimat boleh bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang,”ujarnya

Katanya, sudah sampai masanya muslimat PAS Terengganu diberi peluang untuk bertanding bagi mewakili golongan wanita yang tidak diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/wahidrasmimuslimat.JPGBeliau berkata, muslimat PAS negeri ini perlu diberi peluang sebagaimana Kelantan yang meletakkan muslimat sebagai calon Parlimen dan melantik muslimat sebagai Senator.

“Kelantan ada Senator ada wakil rakyat dari kalangan Muslimat, saya rasa sudah sampai masanya Muslimat Terengganu meleatakkan calon mereka,”jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Muslimat PAS Terengganu menyambut baik cadangan dan pelawaan ADUN Wakaf Mempelam itu.

Setiausaha Muslimat Negeri Terengganu, Cikgu Raja Endun Raja Abdul Rahman berkata, InsyaAllah muslimat bersedia menyahut pelawaan itu yang diibaratkan sebagai satu cabaran kepada muslimat. (Gambar bawah)

“Muslimat Terengganu memang telah bersedia dan InsyaAllah akan meletakkan calon yang layak sekiranya diberi peluang,

“kita sedia menyahut cadangan Yang Berhormat Wakaf Mempelam yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/SetiausahaMuslimatnegeri1.JPGMinggu lalu, ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS negeri , Haji Wahid berkata PAS Terengganu adalah negeri pertama mempelopori usaha meletakkan calon wanita dalam pilihanraya.

Katanya, Khadijah Sidek telah diberi peluang bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Dungun dalam pilihan raya umum 1959.

Selain itu, muslimat negeri juga, katanya, pernah dilantik sebagai Senator sewaktu kerajaan PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Oleh itu, beliau berkata, sayugialah muslimat PAS negeri Terengganu diberi peluang untuk bertanding dan meletakkan calon pada pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Justeru, beliau menggesa muslimat supaya mempertingkatkan gerak kerja untuk menarik sokongan pengundi wanita muda bagi menghadapi pilihan raya umum nanti.

Kepimpinan muslimat negeri juga, katanya perlu membuat kajian bagi memastikan pengundi wanita muda menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan yang sama, muslimat negeri telah siap menyusun organisasi selepas menerima Ketua yang baru dalam Muktamar ke 36 yang berlangsung di Maahad Darul Quran, Rusila, Sabtu lalu.

Menerajui sayap PAS negeri itu ialah bekas Ahli Dewan Negara, Cikgu Sapinah Jusoh yang juga merupakan timbalan ketua muslimat sesi lalu.

Buletinonline dimaklumkan, dalam Mesyuarat Pertama Selasa lalu, Dewan itu telah bersepakat melantik To' Puan Aminah Mohamad dan Hajah Zarani Othman sebagai timbalan dan naib ketua sesi 2009-2011.

Manakala To' Puan Zaitun Salleh dan Hazezah Mohd Zin dilantik sebagai Bendahari dan Ketua Penerangan.

 

0 comments:


  • Malam Pengisytiharan

    Bersama MTD

    Ubah

    Di Parlimen

    Angkat Sumpah

    Bersama DS Ir Nizar

    BBQ bersama Pemuda

    Waktu Solat

    Trafik Pelawat