BUKIT GANTANG MILIK PAKATAN RAKYAT

Salam Perjuangan.

Pilihanraya kecil P 059 Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi. Malam ini 23 Mac, Ceramah Pengisytiharan calon Pakatan Rakyat akan diumumkan. Saya berharap semua petugas dan penyokong dapat bersabar kerana tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita tahu siapa yang bakal menjadi calon kita.

Pembaca budiman,

Saya yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat yang meletakkan calon Pas. Sudah banyak tanda-tanda kemenangan dilihat di sana sini. Baru-baru ini di Parlimen, saya berbual dengan salah seorang ahli parlimen Barisan Nasional berbangsa India. Beliau meyakinkan saya bahawa Pakatan Rakyat akan menang mudah di Bukit Gantang. Beliau menambah bahawa masyarakat India sangat marah dengan pemimpin Barisan Nasional sekarang. Katanya lagi, tidak payah banyak berceramah untuk berkempen. Cukup dengan membawa gambar Kugan yang mati dalam tahanan polis. Isu itu sangat berkesan untuk menaikkan kemarahan dan kebencian terhadap Barisan Nasional. Bayangkan seorang ahli parlimen dari parti komponen BN, berbangsa India sendiri tidak yakin dengan kemampuan BN untuk merampas Bukit Gantang.

Saya juga dimaklumkan bahawa ada jabatan-jabatan kerajaan masih lagi mengiktiraf Imam, bilal, Ketua JKKKP di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Pengesahan borang-borang masih lagi diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Elaun Imam bilal masih dibayar. Ini semua merupakan antara tanda-tanda rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional yang penuh dengan rasuah dan penyelewengan.

 

0 comments:


  • Malam Pengisytiharan

    Bersama MTD

    Ubah

    Di Parlimen

    Angkat Sumpah

    Bersama DS Ir Nizar

    BBQ bersama Pemuda

    Waktu Solat

    Trafik Pelawat