Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

SALAM PERJUANGAN.

Sudah agak lama saya tidak menulis. Di kesempatan ini, ada beberapa perkara yang ingin disampaikan.

TAHNIAH PERMATANG PASIR

Pertamanya, Walaupun PRK N11 Permatang Pasir sudah berlalu pada 25 Ogos lalu, rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucapkan TAHNIAH buat seluruh jentera pilihanraya kecil tersebut. Tidak lupa juga tahniah buat Kontinjen Terengganu yang diamanahkan untuk bertugas di UPU Permatang Tengah yang berjaya meraih majoriti sebanyak 672 undi. Saya difahamkan oleh Petugas Bilik Gerakan UPU bahawa undi yang dijangka adalah tidak jauh dari jumlah sebenar. Kemenangan PAS dengan majoriti 4551 undi menjadi bukti bahawa sememangnya rakyat umumnya telah dan sedang menolak Umno Barisan Nasional sebagai parti yang layak memerintah negara kita.

RAMADHAN AL MUBARAK

Keduanya, bersempena Ramadhan al mubarak ini, saya ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita mencari keredhaan dan MaghfirahNya di bulan yang penuh keampunan ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang beramal soleh denan sebanyak-banyaknya. Banyakkanlah bersedekah kepada yang memerlukan.

KEMELUT POLITIK UMNO TERENGGANU

Ketiganya, saya selaku Adun Terengganu baru sahaja selesai bersidang pada 26 Ogos lalu. Suasana perjalanan sidang dun yang 'tenang' dan sunyi dari suara adun-adun pro Idris menandakan boikot terhadap Kepimpinan Dato' Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu sedang berlaku. Tugas yang diberikan oleh Najib kepada sepupunya Dato' Seri Hishamuddin Hussein nampaknya tidak memberi impak yang besar kepada kemelut politik dalaman yang sedang berlaku. Oleh kerana itu, saya yakin perubahan besar dalam lanskap politik Terengganu akan berlaku lagi dalam masa yang terdekat. Selewat-lewatnya pada PRU ke13 nanti, ia tetap akan kunjung tiba.

TAKBIR!!!

TAHNIAH MANEK URAI

Tahniah buat warga Manek Urai, Jentera PAS di semua peringkat dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat atas kemenangan PRK N41 pada 14 Julai lalu. Alhamdulillah setelah berhempas pulas selama lebih kurang seminggu bermula penamaan calon, Allah kurniakan hasil gerakerja Pas dan Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini.

Kemenangan ini menjadi bukti rakyat menolak Umno BN. Walaupun mereka mendabik dada kerana dapat mengurangkan majoriti Pas daripada majoriti 1352 undi kepada 64 undi, namun istilah menang tetap tidak boleh di'hazaf'kan daripada keputusan rasmi. Kalaupun Pas menang dengan majoriti 1 undi sekalipun, ia tetap satu kemenangan. Penganalisis politik biasanya sudah lali dengan pilihanraya kecil sepanjang sejarah Malaysia. Jarang-jarang Pembangkang memenanginya. Cuma-cuma akhir-akhir ini, Ia menjadi 'trend' kepada Pakatan Rakyat yang bermula dengan Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti, dan Manek Urai. Jelas berdasarkan rentetan kemenangan ini, maka kesimpulannya ialah rakyat sebagai pengundi telah dan sedang memberi 'signal' yang sangat kuat kepada Umno BN bahawa mereka tidak popular lagi di hati rakyat Malaysia.

Akhir kata buat kali ini, kita teruskan memperkukuhkan kerjaasama politik Pakatan Rakyat, di samping tidak melupakan slogan kita berdasarkan Muktamar Pas baru-baru ini iaitu "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN".

TAKBIR!!!

Pemimpin PAS Terengganu 'Menyingsing Lengan' Berkempen di Bukit Gantang

Bukit Gantang – Pemimpin PAS Terengganu yang berkampung di parlimen Bukit Gantang giat berkempen untuk memenangkan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Wan Mutalib Embong, Bendahari Hj Mohd Abdul Wahid Endut dan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar adalah di antara mereka yang duduk di saf hadapan bersama ratusan petugas lain.

Ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ucapan dalam Majlis Hi-Tea di Taman Molek, Simpang, dalam UPU Pengkalan Aur, disini, semalam.

Dato' Wan Mutalib berkata Barisan Nasional (BN) sering menabur janji setiap kali apabila tiba musim pilihanraya.

Namun katanya, apabila pilihanraya selesai semua janji-janji tersebut tidak ditunaikan.

Antaranya kata beliau ialah kampung baru di Bukit Berangan Kuala Terengganu yang telah didiami sejak 55 tahun dahulu.

“setiap kali pilihanraya dijanjikan untuk diberikan tanah, rumah dah ada beranak dan bercucu tetapi tanah terus tidak dapat,

“bila kita (PAS) menang (dan memerintah) Terengganu kita bagi geran kekal kepada mereka,”ujar beliau dalam Majlis Hi-Tea di Taman Molek, Simpang, dalam UPU Pengkalan Aur, disini, semalam.

Katanya perkara tersebut sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak.

Dalam majlis yang sama, Hj Mohd Abdul Wahid berkata rakyat tidak mendapat agihan kekayaan negara kerana ia di bolot oleh pemimpin UMNO/BN

“Saya tengok, orang (negeri) Perak, orang Cina, orang India, orang Melayu, saya ingat kaya-kaya (tapi) tak ade juga, serupa macam Terengganu,

“kekayaan (negara) semua diangkut oleh mereka (pemimpin UMNO/BN), mereka tidak fikir soal rakyat susah, mereka tidak fikir sangat soal masalah rakyat,

“yang mereka fikir mau jadi Perdana Menteri, mereka fikir untuk ambil projek untuk kroni-kroni mereka sahaja,”jelasnya dihadapan hadirin yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Katanya pemimpin UMNO/BN hanya fikir dan buat kerja untuk kepentingan golongan dan puak-puak mereka sahaja.

Justeru beliau berkata, penduduk Bukit Gantang mesti memberi pengajaran kepada UMNO/BN sebagaimana penduduk Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Itu sebabnya saya datang dari Kuala Terengganu, saya mahu beritahu yang kita sudah ajar Barisan Nasional di Kuala Terengganu,

“sekarang adalah masanya dimana kita mahu ajar itu UMNO/BN di Bukit Gantang,”tambahnya.

Semasa di Bukit Gantang

Salam untuk semua,

Saya sempat menghadiri ceramah bersama-sama calon PAS Parlimen Bukit Gantang iaitu Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dan Mat Sabu semalam. Kehadiran sungguh memberangsangkan, Alhamdulillah. Moga-moga ini antara petanda kemenangan Islam makin diterima untuk semua. Gambar-gambar dipetik dari Bloggers Network Perak.

Dari gambar ini kita dapat melihat kehangatannya, namun apa yang dikesalkan. media perdana masih menidakkan angka sebenar pengunjung. Rakyat mengharapkan media-media berperanan dengan telus dan jujur, namun ianya menghampakan. Nampaknya, orang-orang di belakang media ini masih tidak belajar "pengajaran" dari tindakan mereka memberikan maklumat yang kurang tepat pada rakyat.



Saya juga sempat menghadiri Majlis Hi-Tea di Taman Indah, Simpang bersama Kumutha A/P Raman, gadis India yang telah menjadi calon PAS bukan Islam yang pertama dalam sejarah, sungguh menakjubkan ucapannya. Kumutha juga pernah hadir semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu yang lalu dan nampaknya Kumutha tetap konsisten berusaha menyebarkan kebenaran.



Bersama Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dan isteri ketika penamaan calon.


BUKIT GANTANG MILIK PAKATAN RAKYAT

Salam Perjuangan.

Pilihanraya kecil P 059 Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi. Malam ini 23 Mac, Ceramah Pengisytiharan calon Pakatan Rakyat akan diumumkan. Saya berharap semua petugas dan penyokong dapat bersabar kerana tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita tahu siapa yang bakal menjadi calon kita.

Pembaca budiman,

Saya yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat yang meletakkan calon Pas. Sudah banyak tanda-tanda kemenangan dilihat di sana sini. Baru-baru ini di Parlimen, saya berbual dengan salah seorang ahli parlimen Barisan Nasional berbangsa India. Beliau meyakinkan saya bahawa Pakatan Rakyat akan menang mudah di Bukit Gantang. Beliau menambah bahawa masyarakat India sangat marah dengan pemimpin Barisan Nasional sekarang. Katanya lagi, tidak payah banyak berceramah untuk berkempen. Cukup dengan membawa gambar Kugan yang mati dalam tahanan polis. Isu itu sangat berkesan untuk menaikkan kemarahan dan kebencian terhadap Barisan Nasional. Bayangkan seorang ahli parlimen dari parti komponen BN, berbangsa India sendiri tidak yakin dengan kemampuan BN untuk merampas Bukit Gantang.

Saya juga dimaklumkan bahawa ada jabatan-jabatan kerajaan masih lagi mengiktiraf Imam, bilal, Ketua JKKKP di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Pengesahan borang-borang masih lagi diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Elaun Imam bilal masih dibayar. Ini semua merupakan antara tanda-tanda rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional yang penuh dengan rasuah dan penyelewengan.


  • Malam Pengisytiharan

    Bersama MTD

    Ubah

    Di Parlimen

    Angkat Sumpah

    Bersama DS Ir Nizar

    BBQ bersama Pemuda

    Waktu Solat

    Trafik Pelawat