TRADISI UMNO PARTI KHIANAT


Salam perjuangan.

Sejak Pakatan Rakyat menguasai 5 buah negeri( termasuk Kelantan), Umno berlagak seolah-olah mereka lah pejuang agama, bangsa dan negara. Dengan isu yang sengaja diwujudkan di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah, mereka gambarkan bahawa mereka lah pejuang bangsa Melayu yang sebenar. Di Selangor, pelbagai isu termasuk penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, mereka dedahkan. Rupa-rupanya yang mereka dedah itu adalah bukan isu.

Rakyat khususnya orang Melayu seharusnya tidak terpengaruh dengan dakyah Umno sejak zaman berzaman ini. Ingat kembali penyelewengan yang banyak berlaku dalam negara. Antaranya:

1)Isu PPSMI.
Kalau benar mereka perjuangkan Melayu dan Bahasa Melayu, kenapa PPSMI dilaksanakan sehingga menelan belanja 4.5 Bilion. Ini angka yang sangat besar!!! Bagaimana mereka mampu jaga Melayu kalau Bahasa Melayu pun mereka tidak mampu jaga!

2)Isu PKFZ.
Sejumlah 12.5 Bilion diselewengkan. Ikan-ikan bilis jadi mangsa SPRM, Jerung dilepaskan. Ini fenomena biasa berlaku dalam negara apabila ada kes rasuah berprofil tinggi, SPRM akan cuba melengah-lengahkan siasatan dan pendakwaan.

3)Laporan Audit Negara
Saya rasa kecewa dan pelik, kenapa Jawatankuasa Kira-Kira Negeri Terengganu tidak bermesyuarat walau sekali pun. Pengerusinya YB Alias Abdullah, Adun Alor Limbat yang begitu bersemangat mengkritik Pemerintahan Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru tidak pernah sekalipun bermesyuarat. Alasan yang diberikan dalam dewan baru-baru ini ialah 'tidak cukup korum'. Rakyat harus menilai kejujuran wakil rakyat Umno BN yang mereka lantik kerana kalau tidak bermesyuarat buat alasan tidak cukup korum, tapi kalau lawatan kerajaan ke New Zealand, cukup pula korumnya...

Saya persoalkan dalam sidang Dun bagaimana tiga buah kereta Perdana Kerajaan negeri boleh hilang. Yang terbaru bukan setakat Kereta Perdana, bahkan JENGKAUT MBKT pun boleh dicuri. Sudahlah di peringkat Nasional, Enjin Jet Angkatan Tentera yang berharga RM50juta boleh hilang, di peringkat negeri, Jengkaut dan kereta Perdana pula yang hilang.

Percayalah bahawa Umno BN tidak pandai mengurus negeri Terengganu. Bayangkan Penyelenggaraan sebuah Perdana kerajaan yang dilaporkan mencecah lebih kurang RM 170 ribu sedangkan harganya hanyalah RM117 ribu sahaja. Ini seumpama bidalan melayu, "Mahal tali dari beruk". Petrol pula diisi oleh RM300 dalam masa 3 minit. Yang saya tahu kapasiti tangki Perdana hanya 64 liter.

4)Isu PERWAJA
Isu ini sudah lama tetapi ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Ia melibatkan pembaziran wang kerajaan. Takkan disebabkan Eric Chia sudah mati, kita lupakan kejahatan Umno BN yang sebabkan 13 bilion kerugian kepada negara dan negeri.

5)Royalti Minyak
Bayangkan saudara pembaca sekalian, sepanjang tahun 2000 hingga 2009, jumlah royalti terkumpul ialah 16.6 bilion. Ini semua kerajaan pusat belum bayar kepada Terengganu. Rakyat menjadi mangsa kerana tidak dapat menikmati pembangunan dan kebajikan yang sewajarnya. Sebaliknya mereka habiskan wang royalti itu dalam bentuk projek mega yang diluluskan zaman Idris Jusoh seperti projek2 kementerian sejumlah 7.7 bilion, dan projek mega Monsoon Cup, Masjid Hadhari, Masjid Kristal, Taman Ilmu dan beberapa lagi sejumlah 7.1 bilion. Baki hasil royalti sebanyak 914.1 juta lagi diagihkan kepada negeri-negeri lain. 'Baik sungguh' kerajaan pusat. Bukan kita tidak mahu bantu kerajaan negeri lain tapi asas yang kita bincangkan ialah soal hak rakyat negeri Terengganu merasai nikmat hasil royalti minyak melalui program pembangunan dan kebajikan, telah dinafikan mentah-mentah.

Justeru, saya melihat bahawa Umno BN tidak mampu nak jaga semua perkara baik agama, bangsa, politik, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat itu sendiri. Walaupun bajet Terengganu tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 1.881 bilion(lebih mahal daripada Selangor RM1.7 bilion), rakyat Terengganu terus dirundung malang tahap kemiskinan kedua termiskin di Malaysia.

Mari kita pakat tolak Umno BN pada PRU ke 13 nanti.

 

0 comments:


  • Malam Pengisytiharan

    Bersama MTD

    Ubah

    Di Parlimen

    Angkat Sumpah

    Bersama DS Ir Nizar

    BBQ bersama Pemuda

    Waktu Solat

    Trafik Pelawat