SEKALUNG TERIMA KASIH



Saya selaku Yang Di Pertua Pas Kawasan Kuala Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih, jazakumullah khairan kathira kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir Mesyuarat Agong Pas Kawasan Kuala Terengganu yang berlangsung sehari suntuk semalam(Sabtu).

Di kesempatan ini juga saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pendokong perjuangan Pas atas komitmen saudara saudari selama ini terhadap Pas Kuala Terengganu dalam menjayakan setiap program dan aktiviti, baik yang berupa kemasyarakatan, tarbiyah, penerangan, sukan dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran pahala yang setimpal dengan pengorbanan saudara saudari sekalian.

Suka saya menyeru semua pendokong perjuangan agar terus bersama-sama Pas dalam usaha untuk menegakkan kalimah Allah di atas mukabuminya ini. Kita perteguhkan kemenangan yang dikurniakan Allah, perkukuhkan saf dan jauhi persengketaan antara ahli. Marilah sama-sama kita renungi ayat yang telah dibaca oleh Ustaz Daud di awal Majlis Perasmian semalam iaitu yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam. Dan berpeganglah kamu kepada tali Allah semuanya dan janganlah berpecah belah."

Jangan terpengaruh dengan isu-isu perpecahan yang digembar-gemburkan oleh parti lawan melalui media massa kerana mereka memang berniat untuk melihat perpecahan antara kita orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Ingatlah nikmat persaudaraan yang Allah kurniakan kepada kita sebagaimana yang disebut dalam ayat seterusnya yang dibacakan, iaitu yang bermaksud, "Dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu tatkala kamu bersengketa, lalu Allah menjinakkan/ merapatkan antara hati-hati kamu. Lalu dengan nikmat persaudaraan yang Allah kurniakan itu, kamu telah menjadi bersaudara."

Ambillah iktibar atas ayat-ayat yang dibacakan agar kita sentiasa bersatu padu dan tidak berpecah-belah, seterusnya sentiasa berada atas landasan perjuangan yang benar hingga ke akhir hayat kita.

Sekian, wassalam.

 

0 comments:


  • Malam Pengisytiharan

    Bersama MTD

    Ubah

    Di Parlimen

    Angkat Sumpah

    Bersama DS Ir Nizar

    BBQ bersama Pemuda

    Waktu Solat

    Trafik Pelawat