SALAM PERJUANGAN.

Sudah agak lama saya tidak menulis. Di kesempatan ini, ada beberapa perkara yang ingin disampaikan.

TAHNIAH PERMATANG PASIR

Pertamanya, Walaupun PRK N11 Permatang Pasir sudah berlalu pada 25 Ogos lalu, rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucapkan TAHNIAH buat seluruh jentera pilihanraya kecil tersebut. Tidak lupa juga tahniah buat Kontinjen Terengganu yang diamanahkan untuk bertugas di UPU Permatang Tengah yang berjaya meraih majoriti sebanyak 672 undi. Saya difahamkan oleh Petugas Bilik Gerakan UPU bahawa undi yang dijangka adalah tidak jauh dari jumlah sebenar. Kemenangan PAS dengan majoriti 4551 undi menjadi bukti bahawa sememangnya rakyat umumnya telah dan sedang menolak Umno Barisan Nasional sebagai parti yang layak memerintah negara kita.

RAMADHAN AL MUBARAK

Keduanya, bersempena Ramadhan al mubarak ini, saya ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita mencari keredhaan dan MaghfirahNya di bulan yang penuh keampunan ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang beramal soleh denan sebanyak-banyaknya. Banyakkanlah bersedekah kepada yang memerlukan.

KEMELUT POLITIK UMNO TERENGGANU

Ketiganya, saya selaku Adun Terengganu baru sahaja selesai bersidang pada 26 Ogos lalu. Suasana perjalanan sidang dun yang 'tenang' dan sunyi dari suara adun-adun pro Idris menandakan boikot terhadap Kepimpinan Dato' Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu sedang berlaku. Tugas yang diberikan oleh Najib kepada sepupunya Dato' Seri Hishamuddin Hussein nampaknya tidak memberi impak yang besar kepada kemelut politik dalaman yang sedang berlaku. Oleh kerana itu, saya yakin perubahan besar dalam lanskap politik Terengganu akan berlaku lagi dalam masa yang terdekat. Selewat-lewatnya pada PRU ke13 nanti, ia tetap akan kunjung tiba.

TAKBIR!!!

 

0 comments:


  • Malam Pengisytiharan

    Bersama MTD

    Ubah

    Di Parlimen

    Angkat Sumpah

    Bersama DS Ir Nizar

    BBQ bersama Pemuda

    Waktu Solat

    Trafik Pelawat