TRADISI UMNO PARTI KHIANAT


Salam perjuangan.

Sejak Pakatan Rakyat menguasai 5 buah negeri( termasuk Kelantan), Umno berlagak seolah-olah mereka lah pejuang agama, bangsa dan negara. Dengan isu yang sengaja diwujudkan di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah, mereka gambarkan bahawa mereka lah pejuang bangsa Melayu yang sebenar. Di Selangor, pelbagai isu termasuk penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, mereka dedahkan. Rupa-rupanya yang mereka dedah itu adalah bukan isu.

Rakyat khususnya orang Melayu seharusnya tidak terpengaruh dengan dakyah Umno sejak zaman berzaman ini. Ingat kembali penyelewengan yang banyak berlaku dalam negara. Antaranya:

1)Isu PPSMI.
Kalau benar mereka perjuangkan Melayu dan Bahasa Melayu, kenapa PPSMI dilaksanakan sehingga menelan belanja 4.5 Bilion. Ini angka yang sangat besar!!! Bagaimana mereka mampu jaga Melayu kalau Bahasa Melayu pun mereka tidak mampu jaga!

2)Isu PKFZ.
Sejumlah 12.5 Bilion diselewengkan. Ikan-ikan bilis jadi mangsa SPRM, Jerung dilepaskan. Ini fenomena biasa berlaku dalam negara apabila ada kes rasuah berprofil tinggi, SPRM akan cuba melengah-lengahkan siasatan dan pendakwaan.

3)Laporan Audit Negara
Saya rasa kecewa dan pelik, kenapa Jawatankuasa Kira-Kira Negeri Terengganu tidak bermesyuarat walau sekali pun. Pengerusinya YB Alias Abdullah, Adun Alor Limbat yang begitu bersemangat mengkritik Pemerintahan Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru tidak pernah sekalipun bermesyuarat. Alasan yang diberikan dalam dewan baru-baru ini ialah 'tidak cukup korum'. Rakyat harus menilai kejujuran wakil rakyat Umno BN yang mereka lantik kerana kalau tidak bermesyuarat buat alasan tidak cukup korum, tapi kalau lawatan kerajaan ke New Zealand, cukup pula korumnya...

Saya persoalkan dalam sidang Dun bagaimana tiga buah kereta Perdana Kerajaan negeri boleh hilang. Yang terbaru bukan setakat Kereta Perdana, bahkan JENGKAUT MBKT pun boleh dicuri. Sudahlah di peringkat Nasional, Enjin Jet Angkatan Tentera yang berharga RM50juta boleh hilang, di peringkat negeri, Jengkaut dan kereta Perdana pula yang hilang.

Percayalah bahawa Umno BN tidak pandai mengurus negeri Terengganu. Bayangkan Penyelenggaraan sebuah Perdana kerajaan yang dilaporkan mencecah lebih kurang RM 170 ribu sedangkan harganya hanyalah RM117 ribu sahaja. Ini seumpama bidalan melayu, "Mahal tali dari beruk". Petrol pula diisi oleh RM300 dalam masa 3 minit. Yang saya tahu kapasiti tangki Perdana hanya 64 liter.

4)Isu PERWAJA
Isu ini sudah lama tetapi ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Ia melibatkan pembaziran wang kerajaan. Takkan disebabkan Eric Chia sudah mati, kita lupakan kejahatan Umno BN yang sebabkan 13 bilion kerugian kepada negara dan negeri.

5)Royalti Minyak
Bayangkan saudara pembaca sekalian, sepanjang tahun 2000 hingga 2009, jumlah royalti terkumpul ialah 16.6 bilion. Ini semua kerajaan pusat belum bayar kepada Terengganu. Rakyat menjadi mangsa kerana tidak dapat menikmati pembangunan dan kebajikan yang sewajarnya. Sebaliknya mereka habiskan wang royalti itu dalam bentuk projek mega yang diluluskan zaman Idris Jusoh seperti projek2 kementerian sejumlah 7.7 bilion, dan projek mega Monsoon Cup, Masjid Hadhari, Masjid Kristal, Taman Ilmu dan beberapa lagi sejumlah 7.1 bilion. Baki hasil royalti sebanyak 914.1 juta lagi diagihkan kepada negeri-negeri lain. 'Baik sungguh' kerajaan pusat. Bukan kita tidak mahu bantu kerajaan negeri lain tapi asas yang kita bincangkan ialah soal hak rakyat negeri Terengganu merasai nikmat hasil royalti minyak melalui program pembangunan dan kebajikan, telah dinafikan mentah-mentah.

Justeru, saya melihat bahawa Umno BN tidak mampu nak jaga semua perkara baik agama, bangsa, politik, ekonomi, sosial dan kebajikan rakyat itu sendiri. Walaupun bajet Terengganu tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 1.881 bilion(lebih mahal daripada Selangor RM1.7 bilion), rakyat Terengganu terus dirundung malang tahap kemiskinan kedua termiskin di Malaysia.

Mari kita pakat tolak Umno BN pada PRU ke 13 nanti.

SALAM PERJUANGAN.

Sudah agak lama saya tidak menulis. Di kesempatan ini, ada beberapa perkara yang ingin disampaikan.

TAHNIAH PERMATANG PASIR

Pertamanya, Walaupun PRK N11 Permatang Pasir sudah berlalu pada 25 Ogos lalu, rasanya tidak terlalu lewat untuk mengucapkan TAHNIAH buat seluruh jentera pilihanraya kecil tersebut. Tidak lupa juga tahniah buat Kontinjen Terengganu yang diamanahkan untuk bertugas di UPU Permatang Tengah yang berjaya meraih majoriti sebanyak 672 undi. Saya difahamkan oleh Petugas Bilik Gerakan UPU bahawa undi yang dijangka adalah tidak jauh dari jumlah sebenar. Kemenangan PAS dengan majoriti 4551 undi menjadi bukti bahawa sememangnya rakyat umumnya telah dan sedang menolak Umno Barisan Nasional sebagai parti yang layak memerintah negara kita.

RAMADHAN AL MUBARAK

Keduanya, bersempena Ramadhan al mubarak ini, saya ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita mencari keredhaan dan MaghfirahNya di bulan yang penuh keampunan ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam mereka yang beramal soleh denan sebanyak-banyaknya. Banyakkanlah bersedekah kepada yang memerlukan.

KEMELUT POLITIK UMNO TERENGGANU

Ketiganya, saya selaku Adun Terengganu baru sahaja selesai bersidang pada 26 Ogos lalu. Suasana perjalanan sidang dun yang 'tenang' dan sunyi dari suara adun-adun pro Idris menandakan boikot terhadap Kepimpinan Dato' Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu sedang berlaku. Tugas yang diberikan oleh Najib kepada sepupunya Dato' Seri Hishamuddin Hussein nampaknya tidak memberi impak yang besar kepada kemelut politik dalaman yang sedang berlaku. Oleh kerana itu, saya yakin perubahan besar dalam lanskap politik Terengganu akan berlaku lagi dalam masa yang terdekat. Selewat-lewatnya pada PRU ke13 nanti, ia tetap akan kunjung tiba.

TAKBIR!!!

TAHNIAH MANEK URAI

Tahniah buat warga Manek Urai, Jentera PAS di semua peringkat dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat atas kemenangan PRK N41 pada 14 Julai lalu. Alhamdulillah setelah berhempas pulas selama lebih kurang seminggu bermula penamaan calon, Allah kurniakan hasil gerakerja Pas dan Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini.

Kemenangan ini menjadi bukti rakyat menolak Umno BN. Walaupun mereka mendabik dada kerana dapat mengurangkan majoriti Pas daripada majoriti 1352 undi kepada 64 undi, namun istilah menang tetap tidak boleh di'hazaf'kan daripada keputusan rasmi. Kalaupun Pas menang dengan majoriti 1 undi sekalipun, ia tetap satu kemenangan. Penganalisis politik biasanya sudah lali dengan pilihanraya kecil sepanjang sejarah Malaysia. Jarang-jarang Pembangkang memenanginya. Cuma-cuma akhir-akhir ini, Ia menjadi 'trend' kepada Pakatan Rakyat yang bermula dengan Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti, dan Manek Urai. Jelas berdasarkan rentetan kemenangan ini, maka kesimpulannya ialah rakyat sebagai pengundi telah dan sedang memberi 'signal' yang sangat kuat kepada Umno BN bahawa mereka tidak popular lagi di hati rakyat Malaysia.

Akhir kata buat kali ini, kita teruskan memperkukuhkan kerjaasama politik Pakatan Rakyat, di samping tidak melupakan slogan kita berdasarkan Muktamar Pas baru-baru ini iaitu "ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN".

TAKBIR!!!

TAKZIAH BUAT KELUARGA SYEIKH FATHI YAKAN

Saya menerima sms lebih kurang jam 7 petang semalam. "AL FATIHAH, USTAZ DR FATHI YAKAN TELAH KEMBALI KE RAHMATILLAH, BARU SEBENTAR TADI."

Sama2lah kita menghadiahkan al fatihah buat al marhum Syeikh. Mudah-mudahan beliau ditempatkan di kalangan para nabi, syuhada', solehin dan siddiqin.

TAHNIAH BUAT YANG MENANG

Salam perjuangan.

MUKTAMAR TERHEBAT

Alhamdulillah Muktamar Pas Pusat kali ke 55 telah berjaya disempurnakan pada 7 Jun 2009 yang lalu. Saya merasa amat kagum dengan pengendalian muktamar kali ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Tidak hairanlah Farish A. Noor yang biasanya mengkritik Pas, kali ini memuji Pas atas penganjuran dan pengurusan Muktamar yang dianggapnya sangat membanggakan. Tidak keterlaluan jika saya katakan Muktamar kali ini setaraf dengan program antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

TAHNIAH

Di kesempatan ini, saya mengucapkan sekalung tahniah buat calon-calon yang memenangi pemilihan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Ucapan tahniah juga tidak lupa buat Ustaz Nasharudin Mat Isa yang memenangi Timbalan Presiden, saudara Salahuddin Ayub, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan saudara Mahfuz Omar atas kemenangan mereka sebagai Naib Presiden. Pesanan saya, jadilah pembantu-pembantu Presiden yang proaktif dan setia.

MANEK URAI

Selepas ini, pejuang kebenaran akan berkampung di MU(Manek Urai). Saya harap kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi tuntutan jihad menentang kezaliman dan menegakkan keadilan di sana. Mari kita beri sokongan yang padu untuk pemain-pemain MU Pas!

TAKBIR!!!

DUN LADANG MILIK PAS

SALAM PERJUANGAN.

Saya baru sahaja diberitahu oleh Adun Ladang, YBM Tengku Hasan Tengku Omar bahawa keputusan rayuan pihak Umno Barisan Nasional untuk membuka peti undi pos ditolak dengan kos oleh mahkamah. Marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kemenangan kita dalam isu ini. Ini memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang beria-ia benar untuk merampas kembali dun Ladang sedangkan mereka sudahpun menang pilihanraya umum ke 12 dan memerintah Terengganu.

Saya juga berharap bekas calon Barisan Nasional untuk dun Ladang iaitu Dato' Wan Hisham berlapang dada dengan keputusan tersebut. Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah, mempunyai hikmah-hikmahNya yang tersendiri.

TAKBIR!!!

Sekian.


  • Malam Pengisytiharan

    Bersama MTD

    Ubah

    Di Parlimen

    Angkat Sumpah

    Bersama DS Ir Nizar

    BBQ bersama Pemuda

    Waktu Solat

    Trafik Pelawat