BN AKAN KALAH PRU 13

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu mengingatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya bersiap sedia menghadapi kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bendahari Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa, perkara itu tidak mustahil berlaku berikutan banyak pihak tidak dapat menerima Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin nombor satu
negara kerana beliau pernah dikaitkan de­ngan isu kontroversi sebelum ini.

“Sebab itu, pembangkang meminta supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) kekal sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 kerana walaupun mungkin beliau dikatakan kurang cekap tetapi mungkin lebih baik daripada Najib.

“Kita minta Pak Lah kekal sehingga rakyat sendiri membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang.
“Jika tidak, UMNO mungkin perlu bersiap sedia untuk hadapi kekalahan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Najib supaya melantik barisan kabinet yang bersih daripada rasuah, Mohd Abdul Wahid meramalkan perkara itu tidak akan berlaku.

“Apa yang dicadangkan Mahathir itu dilihat sebagai mustahil kerana beliau percaya sebahagian besar pemimpin UMNO dikatakan terbabit dengan amalan rasuah,” katanya.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu turut mengingatkan supaya pemimpin UMNO tidak perlu mempertikaikan perkara berkenaan kerana rak­yat sentiasa memerhatikan sikap pemimpin atasan dalam parti kerajaan.

Kelmarin, Mahathir meminta supaya Najib me­ngambil pemimpin bersih daripada rasuah dan melihat pandangan rakyat ketika ini supaya memerhatikan sena­rio politik dalam UMNO terutama menjelang pemilihan parti, hujung bulan ini.

Beliau berkata, jika Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengambil kira perkara itu, kerajaan BN akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini bukan soal rasuah sebenarnya tetapi soal pemilihan Perdana Menteri. Saya percaya ia berkaitan dengan isu lain,” katanya.

 

2 comments:

SamarQondy said...

fuyyooo... congrate YB... siap ader technician tukang kobek..

Anonymous said...

Shhh...
Jangan bising2... satgi ada yang kena jadi technician etek..
Ahahaha...


  • Malam Pengisytiharan

    Bersama MTD

    Ubah

    Di Parlimen

    Angkat Sumpah

    Bersama DS Ir Nizar

    BBQ bersama Pemuda

    Waktu Solat

    Trafik Pelawat